Sunday, November 4, 2007

KEK SPAN PANDAN SANTAN




kek ini buat sebab dah ada banyak stok bahan -bahan yang di beli di malaysia... macam macam i borong taw.. tinggal mood jek nak buat atau tak... ada barang yang tak kuar lagi dalam kotak besar tu..i buat setengah jek adunan tu.

KEK SPAN PANDAN SANTAN

Bahan-bahan;
150 gm tepung kek ( tepung serbaguna/gandum pun boleh guna)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
300ml santan
160 gm besar gula
8 biji telur
2 sudu kecil perasa pandan
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu esen vanila (kalu suka)

8 biji putih telur
1 sudu besar gula castor
1 sudu kecil cream of tartar

Cara-caranya;

Panaskan oven dahulu pada suhu 160.

Masak santan dengan gula sehingga larut dan kacau sehingga sebati , angkat dan sejukkan (masak sekejap sahaja). Satukan tepung, baking powder dan garam, diayak. Kemudian dalam satu mangkuk, blend telur putih, gula castor dan cream of tartar sehingga kembang menjadi putih, ketepikan. Di dalam mangkuk lain pula, satukan telur, esen vanilla, perasa pandan, pewarna pandan dan santan, blend sehingga kembang, masukkan tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Akhir sekali, gunakan spatula, masukkan telur putih yang telah di blend tadi, kacau sehingga sebati dan rata. Masukkan ke dalam acuan yang telah di sapukan sedikit butter. Kemudian, bakar selama 40-45 minit sehingga masak , suhu 160. Siap.

0 comments: